Program Kunjung Bantu BMKPM 2023

Mei 22, 2023 Written by

PROGRAM KUNJUNG BANTU 2023 , DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM, PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI KPM

3 Mei 2023 | Rabu

Program Kunjung Bantu 2023 yang diadakan pada 3 Mei 2023 telah menerima kunjungan daripada Dr. Hajah Rosnarizah binti Abdul Halim, Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM bersama ahli rombongan beliau yang turut sama memeriahkan majlis.

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh dan meningkatkan komitmen serta dedikasi warga KMKJ ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti, di samping menghargai jasa dan tugas semua pihak dalam memicu kecemerlangan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dalam segala sudut.

Program ini terdiri daripada 3 Majlis Utama iaitu Majlis Pra-Penyempurnaan Projek Seliaan JKR, Majlis Apresiasi Pelajar dan Majlis Sambutan Hari Raya.

Di samping itu, sesi lawatan ke 5 inisiatif baharu KMKJ juga turut dianjurkan terdiri daripada Portal Kandungan Digital PdP, Aplikasi Mobil KMKJ, Digital Learning Studio, Mini Konvensyen dan Butik Barakah.

 

Read 92 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.