Aktiviti & Berita

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih 

Tarikh : 27.10.2022 (Khamis)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Aloha Hotel, Pontian

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih tersebut telah dihadiri oleh tetamu terhormat terdiri daripada barisan Pengurusan KMKJ iaitu Tuan Pengarah, En. Izehari bin Basar, Barisan Ketua-Ketua Jabatan Dan Pegawai Eksekutif Kanan.

Para tetamu terdiri daripada warga KMKJ. Keluarga yang dirai iaitu En. Mohd Hanif bin Ali juga turut serta dalam majlis tersebut. Majlis yang bersejarah itu berjalan dengan baik dan lancar mengikut atur cara yang telah ditetapkan. Jawatankuasa sambutan majlis tersebut telah diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan, Pn. Azlina binti Muhamad Mujari selaku penyelaras majlis. Barisan AJK adalah terdiri daripada semua Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) KMKJ.

Seluruh warga KMKJ mengucapkan tahniah dan selamat bersara kepada En. Mohd Hanif bin Ali.

WhatsApp_Image_2022-10-03_at_12.24.12_PM.jpeg    

Year 2022 MTSF Science Education Award

Presenter: Mrs. Shazrina bt Ngatemin
Members:
Mr. Eady Eswaddy bin Che Yahya
Mr. Zahidi bin Hashim
Ms. Salasiah binti Hamzah

Award prize: RM6,000.00

The best presenter of MTSF Science Education Award 2022.
Rakaman video  : Klik di sini

       WhatsApp Image 2022 09 26 at 3.19.03 PM   

PAMERAN DAN JUALAN BUKU KMKJ 2022

ANJURAN PERPUSTAKAAN DATO’ ONN, KMKJ

Jom beramai-ramai kunjungi dan memeriahkan Pameran dan Jualan Buku KMKJ 2022 anjuran Perpustakaan Dato’ Onn yang akan diadakan pada;

Tarikh : 28 September 2022 (Rabu)

Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : Kafeteria KMKJ

Dapatkan pelbagai jenis bahan bacaan yang pastinya bermanfaat untuk anda.

Harga termurah dan diskaun istimewa disediakan.

50 pengunjung terawal akan dapat hadiah istimewa daripada kami!

Pelbagai gerai jualan makanan turut disediakan

Segala transaksi pembelian hendaklah menggunakan Aplikasi KMKJ Mobile.

Tambah nilai e-wallet KMKJ Mobile anda sekarang!

KEMPEN DERMA DARAH KMKJ 2022

Ayuh warga KMKJ, jom kita beramai-ramai mengambil peluang menderma darah pada:

Tarikh : 28 September 2022 (Rabu)

Masa :10.00 pagi – 3.00 petang

Tempat : Perpustakaan Dato’ Onn, KMKJ

Penggunaan darah tak pernah terhenti dan darah tak pernah cuti serta pesakit sentiasa menanti dengan penuh pengharapan.

1 beg darah mampu menyelamatkan 3 nyawa

Setitis darah satu harapan… sejuta senyuman

Jom menderma darah untuk mereka yang amat memerlukan.

Jangan lupa tag @kmkj.library di laman sosial anda bagi memeriahkan program ini.

Jumpa anda di sana!

Halaman 13 dari 33