Aktiviti & Berita

Audit Akademik Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Tahun 2023.

23 Februari 2023 | Khamis

SESI PEMANTAUAN & MESYUARAT PENUTUP AUDIT AKADEMIK PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 2023 KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR

Sekitar Sesi Pemantauan PdP dan Mesyuarat Penutup Audit Akademik Program Matrikulasi, KMKJ yang diketuai oleh Puan Hajah Emmy Dalina binti Abd Halim, KPP Sektor Akademik (Ketua Audit Akademik).

Alhamdulilah, proses audit berjalan dengan lancar dan semoga hasil dapatan dari audit ini akan dapat menambah baik kepada sistem pengurusan akademik di KMKJ.

#kmkjrasmi
#bmkpm
#auditakademikkmkj2023

 

Seramai 9 orang pelajar kelahiran negeri Johor Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor yang berada dalam kategori B40 telah menerima sumbangan komputer riba daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 20 Februari 2023, jam 1.00 petang bertempat di Anjung Selera. Serahan sumbangan komputer riba tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Abu. Selain sumbangan komputer riba, Ketua Pegawai Eksekutif itu turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM10,000 sebagai bantuan makanan kepada anak-anak pelajar Muslim di KMKJ. Pemberian komputer riba kepada pelajar KMKJ ini diharapkan dapat membantu memudahkan urusan pembelajaran sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang.

Halaman 8 dari 33