Aktiviti & Berita

Mini Konvesyen R&D

Januari 11, 2023

Kategori: Komuniti Pembelajaran Profesional
Pencapaian: Anugerah Perak
Tajuk PLC: Motivasi dalam set induksi jelajah pembelajaran: Aura MISI
Kumpulan: AURA

Penerapan motivasi sebagai set induksi adalah penting dalam membentuk kemenjadian pelajar yang seimbang dalam perkembangan emosi dan sosial. Perkara ini sejajar dengan pendekatan konsep Sekolahku Sejahtera yang menerapkan elemen S iaitu selamat dan seronok dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang telah dijalankan adalah strategi perkongsian amalan terbaik melalui alat kolaboratif Jelajah Pembelajaran. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk mengenalpasti komponen dalam set induksi yang menjadi amalan terbaik pensyarah Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor. Daripada data yang telah diperolehi, penerapan motivasi dijadikan amalan dan budaya dalam set induksi pensyarah serta inovasi MISI disebar luas di kalangan pensyarah sebagai rujukan untuk perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)*

Halaman 10 dari 33