Aktiviti & Berita

WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR SESI 2023/2024 

Tarikh: 24 Ogos 2023
Masa: 8.00 – 9.00 pagi
Tempat: Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Anjuaran: Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej Sesi 2023/2024

Satu Majlis Watikah Perlantikan Kepimpinan Pelajar telah diadakan di Dewan Teknokrat, KMKJ yang telah dirasmikan oleh Pengarah KMKJ, Tuan Izehari bin Basar.

Seramai 8 orang wakil dari Badan Kepimpinan Pelajar seperti Pembimbing Rakan Dinamik (PRD), Peer-Assisted Learning (PAL), Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKD), Majlis Amilin Al-Azhar (Maa’mar), Jawatankuasa Ketua Tutoran (JKT), Quater Master (QM), Sekretariat Rukun Negara (SRN) dan Matrix Excellent Program (MEPro) serta Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah dilantik. Sijil penghargaan juga telah diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej Sesi 2023/2024 atas kejayaan menjayakan Pilihan Raya Kolej bagi sesi kali ini.
Tahniah diucapkan kepada 12 orang pelajar JPP yang telah dilantik berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kolej serta Badan Kepimpinan Pelajar yang lain.
Semoga dengan pelantikan ini dapat memberi semangat dalam menjalankan tanggungjawab dengan baik dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain.

SILA KLIK DISINI UNTUK GALERI WATIKAH PELANTIKAN 2023/2024

PILIHAN RAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024

 Tarikh: 19 Ogos 2023
Masa: 2.00 hingga 5.30 petang
Tempat: Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Anjuaran: Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej Sesi 2023/2024

      Satu sesi Pilihan Raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah dilaksanakan pada 19 Ogos 2023 bertempat di Bilik Tutoran (Pusat Mengundi) dan Dewan Teknokrat (Pusat Pengiraan Undi).Sebanyak 12 kerusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KMKJ bagi Sesi 2023/2024 mengikut aliran telah dipertandingkan dan seramai 23 Calon telah bertanding untuk merebut kerusi JPP.
     Pelaksanaan pilihan raya telah dibantu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Johor dari segi penggunaan dan peminjaman peti undi sebenar bagi memberi peluang suasana sebenar kepada para pelajar sebelum, semasa dan selepas pilihan raya berlangsung bermula dari Hari Penamaan Calon, Pidato Umum Calon serta pembuangan undi.Terima kasih kepada semua pelajar KMKJ sesi 2023/2024 yang telah melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam memilih pemimpin pelajar bagi sesi kali ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK KE GALERI PILIHANRAYA JPP 2023/2024

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHRU SESI 2023/2024

 Tarikh: 9 hingga 12 Julai 2023
Masa: 8.00 pagi- 4.00 petang
Tempat: Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Anjuaran: Jawatankuasa Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi 2023/2024

Tahniah dan selamat datang kepada pelajar baharu sesi 2023/2024 ke Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor, Pontian.

Pada tahun ini, Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) mengorak langkah menyusun program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang MPPB. Ahli jawatankuasa MPPB bertanggungjawab dalam memastikan sebarang perancangan dan agenda MPPB berjalan dengan lancar di samping menjadi tulang belakang dalam merealisasikan semua interaksi dan LDK.  Minggu Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu telah berlangsung bermula 9 Julai 2023, hari pendaftaran dan 10 hingga 12 Julai 2023 bagi sesi interaksi.  

Objektif MPPB adalah untuk menyesuaikan diri pelajar baharu dengan suasana dan persekitaran kolej, merapatkan dan mengeratkan hubungan silaturahim, memberi pendedahan dan peluang kepada para pelajar untuk menganjurkan sesuatu program sebagai pengalaman yang sangat berguna pada masa hadapan.

Program MPPPB ini diharapkan dapat mencapai objektif dan matlamat yang ingin dicapai Oleh itu, pentingnya kerjasama dan daya usaha kerja yang baik daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk menjayakan program ini.

SILA KLIK DISINI UNTUK KE GALERI MPPB

Halaman 3 dari 33