Aktiviti & Berita
Lawatan Ilmiah pelajar Kejuruteraan Awam ke Forest City di bawah Country Garden Group

19 Mac 2023 | Rabu

Objektif

  • Mendedahkan pada pelajar berkenaan dunia pekerjaan yang sebenar dalam bidang Kejuruteraan Awam, Arkitek, Juruukur Bahan, Landscaping, Geotechnical, Marine dan Costal Engineering.
  • Meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar berdasarkan STEM.
  • Menggalakkan pelajar untuk sentiasa wujud perasaan ingin tahu, kejituan dan mempunyai pemikiran sebagai seorang Jurutera.
  • Menambah ilmu kepada pelajar bagaimana cara-cara berhubung dengan klien dan membuat persediaan untuk pembentangan projek.

Dianjurkan oleh  Unit Kejuruteraan Awam KMKJ dan bertempat di Forest City Iskandar Puteri Johor Bahru.

Pre-University Matriculation Innovation Competition 2023 (PIITRAM 2023) 

18 Februari 2023 | Sabtu

Objektif

  • Untuk mengaplikasikan ilmu STEM pelajar dalam bentuk maujud.
  • Memberi ruang, peluang dan semangat kepada pelajar dalam menengahkan idea, perbentangan dan rekabentuk rekacipta.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat perbentangan projek/inovasi kepada peringkat yang lebih tinggi.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia, bertempat di  Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM Serdang.

Peserta yang terlibat

  1. LAU YAN KAI
  2. YVONNE LO TUBLE
  3. ENDERSON ANAK SUNDAY
  4. MUHAMMAD NAZIRUL HAKIM BIN MOHD AZAIN
  5. AHMAD ANIQ AIMAN BIN AHMAD KHAIRUDDIN 
Program Pameran Pengkatalogan : Jenis Pengelasan Buku di Malaysia

13 Mac 2023 | Isnin

Objektif 

  • Memberi pendedahan kepada warga KMKJ terutamanya pelajar mengenai sistem pengelasan dan pengkatalogan yang digunakan di perpustakaan.
  • Memberi pendedahan dan kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan bahan bacaan mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat dan teratur serta memudahkan petugas perpustakaan untuk menentukan di mana tempat menyimpan bahan berkenaan supaya mudah dikesan kembali apabila dikehendaki.
  • Memupuk dan menyokong semangat budaya membaca agar pelajar memiliki kecerdasan minda dan ilmu yang tinggi.

Dianjurkan oleh Perpustakaan Dato' Onn, KMKJ dan semua warga KMKJ dan pelajar KMKJ dibenarkan menyertai program ini.

Halaman 7 dari 33