WebAdmin

WebAdmin

Selasa, 04 April 2023 17:21

Laman Kreatif 2

Laman kreatif KMKJ

Lawatan Ilmiah pelajar Kejuruteraan Awam ke Forest City di bawah Country Garden Group

19 Mac 2023 | Rabu

Objektif

  • Mendedahkan pada pelajar berkenaan dunia pekerjaan yang sebenar dalam bidang Kejuruteraan Awam, Arkitek, Juruukur Bahan, Landscaping, Geotechnical, Marine dan Costal Engineering.
  • Meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar berdasarkan STEM.
  • Menggalakkan pelajar untuk sentiasa wujud perasaan ingin tahu, kejituan dan mempunyai pemikiran sebagai seorang Jurutera.
  • Menambah ilmu kepada pelajar bagaimana cara-cara berhubung dengan klien dan membuat persediaan untuk pembentangan projek.

Dianjurkan oleh  Unit Kejuruteraan Awam KMKJ dan bertempat di Forest City Iskandar Puteri Johor Bahru.

Pre-University Matriculation Innovation Competition 2023 (PIITRAM 2023) 

18 Februari 2023 | Sabtu

Objektif

  • Untuk mengaplikasikan ilmu STEM pelajar dalam bentuk maujud.
  • Memberi ruang, peluang dan semangat kepada pelajar dalam menengahkan idea, perbentangan dan rekabentuk rekacipta.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat perbentangan projek/inovasi kepada peringkat yang lebih tinggi.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia, bertempat di  Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM Serdang.

Peserta yang terlibat

  1. LAU YAN KAI
  2. YVONNE LO TUBLE
  3. ENDERSON ANAK SUNDAY
  4. MUHAMMAD NAZIRUL HAKIM BIN MOHD AZAIN
  5. AHMAD ANIQ AIMAN BIN AHMAD KHAIRUDDIN 
Isnin, 03 April 2023 23:31

Program Pameran Pengkatalogan

Program Pameran Pengkatalogan : Jenis Pengelasan Buku di Malaysia

13 Mac 2023 | Isnin

Objektif 

  • Memberi pendedahan kepada warga KMKJ terutamanya pelajar mengenai sistem pengelasan dan pengkatalogan yang digunakan di perpustakaan.
  • Memberi pendedahan dan kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan bahan bacaan mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat dan teratur serta memudahkan petugas perpustakaan untuk menentukan di mana tempat menyimpan bahan berkenaan supaya mudah dikesan kembali apabila dikehendaki.
  • Memupuk dan menyokong semangat budaya membaca agar pelajar memiliki kecerdasan minda dan ilmu yang tinggi.

Dianjurkan oleh Perpustakaan Dato' Onn, KMKJ dan semua warga KMKJ dan pelajar KMKJ dibenarkan menyertai program ini.

Rabu, 29 Mac 2023 22:11

Direktori Kursus

DIREKTORI KURSUS - TREE

Audit Akademik Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Tahun 2023.

23 Februari 2023 | Khamis

SESI PEMANTAUAN & MESYUARAT PENUTUP AUDIT AKADEMIK PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 2023 KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR

Sekitar Sesi Pemantauan PdP dan Mesyuarat Penutup Audit Akademik Program Matrikulasi, KMKJ yang diketuai oleh Puan Hajah Emmy Dalina binti Abd Halim, KPP Sektor Akademik (Ketua Audit Akademik).

Alhamdulilah, proses audit berjalan dengan lancar dan semoga hasil dapatan dari audit ini akan dapat menambah baik kepada sistem pengurusan akademik di KMKJ.

#kmkjrasmi
#bmkpm
#auditakademikkmkj2023

 

Seramai 9 orang pelajar kelahiran negeri Johor Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor yang berada dalam kategori B40 telah menerima sumbangan komputer riba daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 20 Februari 2023, jam 1.00 petang bertempat di Anjung Selera. Serahan sumbangan komputer riba tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Abu. Selain sumbangan komputer riba, Ketua Pegawai Eksekutif itu turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM10,000 sebagai bantuan makanan kepada anak-anak pelajar Muslim di KMKJ. Pemberian komputer riba kepada pelajar KMKJ ini diharapkan dapat membantu memudahkan urusan pembelajaran sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang.

Isnin, 13 Februari 2023 14:52

LAMAN KREATIF

 

Karya Lukisan

Tajuk utama: sketching
Tema: KMKJ
Pelukis : Muhamad Khairul Asyraf Mohamad Nor (B1T1)
Sesi : 2022/2023

Tajuk utama: sketching
Tema: KMKJ
Pelukis :B1T3 - Cheok Le Wei
Sesi : 2022/2023

Tajuk utama: sketching
Tema: KMKJ
Pelukis :B1T3- Balqis Binti Md Radzi
Sesi : 2022/2023



Video

 

 

04 FEBRUARI 2023

COLOUR RUN & GALA NIGHT KMKJ ANJURAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2022/2023

Colour Run dan Gala Night disertai oleh kesemua 275 pelajar KMKJ sesi 2022/2023

Tujuan penganjuran Colour Run dan Gala Night adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah antara
warga pelajar sekali gus meraikan para pelajar yang telah menduduki Peperiksaan Semester Program
Matrikulasi pada bulan disember yang lalu dan dijadikan sebuah memori yang terindah buat para pelajar
sesi 2022/2023 di KMKJ.
Gambar- gambar sepanjang aktiviti telah di masukkan di dalam Galeri KMKJ

#kmkjrasmi
#jppkmkj
#colourrunkmkj
#galanightkmkj

Halaman 4 dari 17