WebAdmin

WebAdmin

 

PROGRAM SENAMROBIK ANJURAN UNIT PENTADBIRAN & PERKHIDMATAN KMKJ

Tarikh : 12.12.2022 (Isnin)
Masa   : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Teknokrat KMKJ
Peserta : Semua pegawai KMKJ dan pelajar yang berminat
Jurulatih Kecergasan Jemputan : Pn Junaidah bt Tampang - Jurulatih Kecergasan di bawah Kementerian Belia dan Sukan

Program ini dilaksanakan bagi menyeru semua warga KMKJ mengamalkan gaya hidup sihat. Program dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Yg Berusaha Tn. Izehari bin Basar, Pengarah KMKJ. Beliau menyatakan program sebegini perlu diteruskan bagi memastikan tahap kesihatan semua warga KMKJ di dalam keadaan yang baik. Justeru, dapat melaksanakan tugas hakiki harian dengan cemerlang selain dapat menghindari dari stress.

Tahniah dan Syabas diucapkan.

Poster_Kejayaan_Usha_devi_2022.pdf_page-0001_50.jpg

International Action Research Competition (i-ARC 2022) 
is a platform for teachers and educators to share about action
research findings that can be used to benefit other teachers and educators. i-ARC 2022 is organized by Educational Development and Training Unit (ELEVET), Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSH) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in collaboration with International Society for Educational Initiatives and Pertubuhan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Malaysia (PTIPM), that was held virtually on November 24th 2022.

1.PNG

PROGRAM PENENTUAN KUALITI AIR SUNGAI MELALUI PENTUNJUK BIO DAN KIMIA BERSAMA PENGAJAR DAN PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR (KMKJ), PONTIAN JOHOR

Tarikh : 26 November 2022
Masa : 8.30 pagi – 1.30 petang
Tempat : Air Terjun Gunung Pulai

Program bertujuan menyampaikan teknik penentuan kualiti air sungai melalui petunjuk bio (makroinvetebrata) dan petunjuk kimia untuk menentukan kualiti air sungai.
Program ini dijalankan bersama tenaga pengajar dan pelajar di KMKJ. Melalui program ini, peserta yang terlibat boleh mengetahui sama ada air sungai itu selamat atau tidak melalui makroinvetebrata yang hidup di dalamnya dan hasil keputusan dibandingkan dengan petunjuk kimia.

Khamis, 01 Disember 2022 08:55

Malaysia Toray Science Foundation (MTSF)

29th PRIZE PRESENTATION CEREMONY
Science Education Awards 2022 Winner of RM6,000
Malaysia Toray Science Foundation (MTSF)

Product name :
SWaVi (Standing Wave Vibrator)
Team :
The Phynnovators
Members :
Mr.Eady Eswaddy bin Che Yahya (leader)
Ms.Shazrina binti Ngatemin
Mr.Zahidi bin Hashim
Ms.Salasiah binti Hamzah

Date : 22 November 2022
Vanue : Intercontinental Hotel, KLtorray.jpg

 

WhatsApp_Image_2022-11-24_at_3.03.09_PM_1.jpeg

 

LAWATAN PENANDA ARAS KE KOLEJ MATRIKULASI PERAK

Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk berkongsi ilmu daripada pihak KMPk tentang inovasi lightboard dan juga program Butik Amal yang telah mendapat pengiktirafan.

Selain itu, pihak KMPk juga telah memberi taklimat berkaitan pengurusan dan amalan kewangan yang telah berjaya mendapat Pengiktirafan Anugerah 5 bintang daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan CGSO Negeri Perak.

Semoga dengan lawatan ini, dapat membantu memberi aspirasi kepada KMKJ untuk terus komited dalam mewujudkan budaya inovasi dan pengurusan kewangan yang lebih cemerlang.

Selasa, 29 November 2022 13:44

MAJLIS PERSARAAN ENCIK MOHD HANIF BIN ALI

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih 

Tarikh : 27.10.2022 (Khamis)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Aloha Hotel, Pontian

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih tersebut telah dihadiri oleh tetamu terhormat terdiri daripada barisan Pengurusan KMKJ iaitu Tuan Pengarah, En. Izehari bin Basar, Barisan Ketua-Ketua Jabatan Dan Pegawai Eksekutif Kanan.

Para tetamu terdiri daripada warga KMKJ. Keluarga yang dirai iaitu En. Mohd Hanif bin Ali juga turut serta dalam majlis tersebut. Majlis yang bersejarah itu berjalan dengan baik dan lancar mengikut atur cara yang telah ditetapkan. Jawatankuasa sambutan majlis tersebut telah diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan, Pn. Azlina binti Muhamad Mujari selaku penyelaras majlis. Barisan AJK adalah terdiri daripada semua Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) KMKJ.

Seluruh warga KMKJ mengucapkan tahniah dan selamat bersara kepada En. Mohd Hanif bin Ali.

Isnin, 17 Oktober 2022 15:10

Unit Perolehan dan Aset

  UNIT PEROLEHAN DAN ASET

PE---Hasinah-Husin.jpg

PT---Norizah-Mohamad.jpg

Isnin, 03 Oktober 2022 12:04

Year 2022 MTSF Science Education Award

WhatsApp_Image_2022-10-03_at_12.24.12_PM.jpeg    

Year 2022 MTSF Science Education Award

Presenter: Mrs. Shazrina bt Ngatemin
Members:
Mr. Eady Eswaddy bin Che Yahya
Mr. Zahidi bin Hashim
Ms. Salasiah binti Hamzah

Award prize: RM6,000.00

The best presenter of MTSF Science Education Award 2022.
Rakaman video  : Klik di sini

Selasa, 27 September 2022 09:31

PAMERAN & JUALAN BUKU SERTA KEMPEN DERMA DARAH

       WhatsApp Image 2022 09 26 at 3.19.03 PM   

PAMERAN DAN JUALAN BUKU KMKJ 2022

ANJURAN PERPUSTAKAAN DATO’ ONN, KMKJ

Jom beramai-ramai kunjungi dan memeriahkan Pameran dan Jualan Buku KMKJ 2022 anjuran Perpustakaan Dato’ Onn yang akan diadakan pada;

Tarikh : 28 September 2022 (Rabu)

Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : Kafeteria KMKJ

Dapatkan pelbagai jenis bahan bacaan yang pastinya bermanfaat untuk anda.

Harga termurah dan diskaun istimewa disediakan.

50 pengunjung terawal akan dapat hadiah istimewa daripada kami!

Pelbagai gerai jualan makanan turut disediakan

Segala transaksi pembelian hendaklah menggunakan Aplikasi KMKJ Mobile.

Tambah nilai e-wallet KMKJ Mobile anda sekarang!

KEMPEN DERMA DARAH KMKJ 2022

Ayuh warga KMKJ, jom kita beramai-ramai mengambil peluang menderma darah pada:

Tarikh : 28 September 2022 (Rabu)

Masa :10.00 pagi – 3.00 petang

Tempat : Perpustakaan Dato’ Onn, KMKJ

Penggunaan darah tak pernah terhenti dan darah tak pernah cuti serta pesakit sentiasa menanti dengan penuh pengharapan.

1 beg darah mampu menyelamatkan 3 nyawa

Setitis darah satu harapan… sejuta senyuman

Jom menderma darah untuk mereka yang amat memerlukan.

Jangan lupa tag @kmkj.library di laman sosial anda bagi memeriahkan program ini.

Jumpa anda di sana!

WhatsApp_Image_2022-09-21_at_9.40.53_AM.jpeg  

WATIKAH 1 EDIT

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN PELAJAR

                                                                                                                      TARIKH   : 22 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)

                                                                                                                       MASA      : 7.45 PAGI HINGGA 9.00 PAGI 

                                                                                                                       TEMPAT  : DEWAN TEKNORAT, KMKJ

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar KMKJ telah disempurnakan oleh Tuan Izehari bin Basar, Pengarah KMKJ.

Majlis ini diadakan bertujuan memperkenalkan dan mengiktiraf barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar yang telah dipilih antaranya:

Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej (SPRK)

Pembimbing Rakan Dinamik (PRD)

Peer-Assisted Learning (PAL)

Jawatankuasa Ketua Tutoran (JKT)

Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKD)

Majlis Amilin Al-Azhar (Maa’mar)

Quater Master (QM) 

Sekretariat Rukun Negara (SRN)

Barisan Kepimpinan Pelajar terutamanya Exco JPP adalah jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar KMKJ yang akan membantu menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar bagi mencapai matlamat dan objektif kolej secara berkesan dan mengikut tatacara yang betul berkaitan dasar kolej serta kebajikan pelajar.

Yang Dipertua JPP : Samra Binti Mohd Ismail     

Naib Yang Dipertua JPP : Tan Ke Yang

Setiausaha : Nur Ain Binti Muhammad Fuad 

Naib Setiausaha :Tan Li Kai

Bendahari : Nirmatha A/P Jeyakumar

Exco  Biro Akademik : Liew Xin Tong    

Exco Biro Kebajikan : Kerk Quan Feng

Exco Biro Kerohanian: Ahmad Abdillah Bin Mohd Azri

Exco Biro Sahsiah Dan Keselamatan : Nursyafiqah Binti Muddin     

Semoga dengan pelantikan ini, semua Jawatankuasa Kepimpinan pelajar Sesi 2022/2023 mempunyai disiplin yang tinggi sebagai pemimpin, menjadi role model dan suri teladan kepada rakan-rakan sebaya, sentiasa mengutamakan kecemerlangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Halaman 6 dari 17