WebAdmin

WebAdmin

Isnin, 19 Jun 2023 00:09

PROGRAM RIADAH PAGI

Isnin, 22 Mei 2023 18:36

Program Kunjung Bantu BMKPM 2023

PROGRAM KUNJUNG BANTU 2023 , DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM, PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI KPM

3 Mei 2023 | Rabu

Program Kunjung Bantu 2023 yang diadakan pada 3 Mei 2023 telah menerima kunjungan daripada Dr. Hajah Rosnarizah binti Abdul Halim, Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM bersama ahli rombongan beliau yang turut sama memeriahkan majlis.

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh dan meningkatkan komitmen serta dedikasi warga KMKJ ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti, di samping menghargai jasa dan tugas semua pihak dalam memicu kecemerlangan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor dalam segala sudut.

Program ini terdiri daripada 3 Majlis Utama iaitu Majlis Pra-Penyempurnaan Projek Seliaan JKR, Majlis Apresiasi Pelajar dan Majlis Sambutan Hari Raya.

Di samping itu, sesi lawatan ke 5 inisiatif baharu KMKJ juga turut dianjurkan terdiri daripada Portal Kandungan Digital PdP, Aplikasi Mobil KMKJ, Digital Learning Studio, Mini Konvensyen dan Butik Barakah.

 

MAJLIS LAMBAIAN KASIH & SANJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN PUAN MISKIAH BINTI DZAKARIA, KETUA JABATAN MATEMATIK

15 Mei 2023 | Isnin

Majlis Persaraan Puan Miskiah Dzakaria, Ketua Jabatan Matematik telah diadakan pada 15 Mei 2023 bertempat di Kukup Golf Resort, Pontian dengan bertemakan Hawaiian. Kami warga KMKJ ingin mengucapkan Selamat Bersara dan semoga maju jaya kepada Puan Miskiah Dzakaria, Ketua Jabatan Matematik. Terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan selama berkhidmat di KMKJ. Semoga segala memori dan kenangan terutamanya di KMKJ akan sentiasa di hati kami.

LAWATAN ILMIAH KE ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI JOHOR

10 Mei 2023 | Rabu


MASA : 8.00 pagi - 2.00 pm
TEMPAT : Pejabat Arkib Negara Malaysia Negeri Johor

Lawatan ilmiah ini dianjurkan oleh JK Pengurusan Rekod Jabatan KMKJ yang dipengerusikan oleh Pn. Miskiah binti Dzakaria dan Pn. Azlina binti Muhamad Mujari selaku penyelaras JK. Seramai 18 orang peserta yang terlibat dalam lawatan ini.

Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang telah dirancang oleh JK. Selain itu ianya dapat memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan berkaitan urusan pengurusan rekod di pejabat kerajaan.

PROGRAM PAMERAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ANJURAN PERPUSTAKAAN DATO' ONN, KMKJ

13 - 23 Februari 2023 

Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang Tempat: Perpustakaan Dato’ Onn, KMKJ Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada warga KMKJ terutamanya pelajar kepada sejarah awal perpustakaan, memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar untuk menghayati skop dan bidang kerja perpustakaan dan kepentingannya sebagai pemangkin ilmu, memupuk dan menyokong semangat budaya membaca agar pelajar memiliki kecerdasan minda dan ilmu yang tinggi. Antara pengisian yang terdapat di dalam program ini ialah Pameran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi, Pertandingan Melukis (Doodles), Pertandingan Poster Digital yang bertemakan Perpustakaan di KMKJ dan Pertandingan Mencipta Moto Perpustakaan KMKJ. Semua aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan disertai oleh warga dan pelajar KMKJ sesi 2022/2023. Sesi penilaian bagi Pertandingan Melukis (Doddles) dan Pertandingan Poster Digital yang bertemakan Perpustakaan di KMKJ telah dilaksanakan pada 26 dan 27 Februari 2022 yang melibatkan dua orang juri yang dilantik iaitu Puan Akmariah binti Mamat, Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral dan Encik Nazri bin Mohamed, Ketua Unit Kejuruteraan Awam serta pihak Pengurusan KMKJ. Sesi penyampaian sijil dan hadiah kepada para pemenang bagi setiap aktiviti yang dipertandingkan untuk kategori warga dan pelajar KMKJ telah dilaksanakan pada 28 Februari 2023 di Perpustakaan Dato’ Onn, KMKJ dan disampaikan oleh Tuan Mohd Taufik bin Ali, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial diiringi Puan Nur Fatin Shahirah binti Tajuddin, Pustakawan, Perpustakaan Dato’ Onn, KMKJ.

Selasa, 04 April 2023 17:24

3D Printing Design Competition

3D PRINTING DESIGN COMPETITION

19 Mac 2023 | Ahad

Objektif

  • Mencungkil bakat pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor di dalam bidang rekacipta menggunakan 3D Printer.
  • Memperkembang potensi dan kemahiran saintifik pelajar di dalam bidang kejuruteraan.

Dianjurkan oleh Unit Asas Kejuruteraan dan bertempat di  Bilik AutoCAD 1 & 2, KMKJ. Semua Pelajar dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini.

Halaman 3 dari 17