WebAdmin
DOKUMEN SEBUTHARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN BUMBUNG DAN SILING SERTA LANTAI DI RUMAH FELO KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR
SEBUTHARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN BUMBUNG DAN SILING SERTA LANTAI DI RUMAH FELO KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR
- Sukacita dimaklumkan bahawa, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) ingin mempelawa pengusaha atau syarikat yang berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk menyertai Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan
dan Bumbung dan siling serta Lantai di Rumah Felo Kolej matrikulasi Kejuruteraan Johor
(Sila KLIK Download Attachment di Bawah untuk muat turun dokumen berkaitan)
SIARAN PEMAKLUMAN DI PORTAL KOLEJ MATRIKULASI
LAMPIRAN A
SIARAN PEMAKLUMAN DI PORTAL KOLEJ MATRIKULASI
“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS”
Untuk makluman, sekiranya tuan/puan merupakan bekas pelajar Program Matrikulasi KPM yang telah meninggalkan kursusnya dengan kebenaran Pengarah Kolej
dan telah membayar ganti rugi yang dituntut secara penuh atau sebahagiannya, tuan/puan boleh mengemukakan permohonan lengkap bagi membuat tuntutan
bayaran balik ganti rugi kepada pihak Kolej Matrikulasi. Setiap permohonan yang dikemukakan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
A. Kelayakan Pemohon:
i. Pelajar yang meninggalkan kursusnya sebelum sempurnanya kursus dengan persetujuan pihak KERAJAAN secara bertulis; dan
ii. Telah membuat bayaran ganti rugi (sebahagian/penuh)
B. Dokumen Permohonan:
i. Surat Permohonan
ii. Salinan Surat Kelulusan Permohonan Meninggalkan Kursus
iii. Resit Rasmi (salinan asal)
iv. Salinan Kad Pengenalan
v. Salinan Penyata Bank / Buku Bank
C. Alamat Surat Menyurat:
Semua permohonan lengkap boleh dikemukakan ke alamat seperti berikut:
*Pengarah
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia
KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun
82000 Pontian,
Johor.
*Nota: Permohonan dikemukakan kepada Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
D. Tarikh Tutup Permohonan:
Permohonan boleh dibuat selewat-lewatnya pada 31 JULAI 2022.
DOKUMEN PELAWAAN RUANG BAGI PERKHIDMATAN DOBI DI KMKJ
PELAWAAN SEWAAN RUANG BAGI PERKHIDMATAN DOBI DI KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JOHOR
- Sukacita dimaklumkan bahawa, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) ingin mempelawa pengusaha atau syarikat yang berlesen dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dengan untuk menyertai tawaran bagi menjalankan Perkhidmatan Dobi di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor.
(Sila KLIK Download Attachment di Bawah untuk muat turun dokumen berkaitan) - Dokumen perlu dicetak, dilengkapkan, disampul, dilakeri dan dikembalikan semula kepada Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor selewat-lewatnya pada atau sebelum 17 Februari 2022 (Khamis). Senarai maklumat dan lampiran yang diperlukan adalah seperti berikut:
4.1 Borang Permohonan Sewaan Ruang Bangunan (2 salinan);
4.2 Peraturan dan Syarat kepada Pengusaha/Syarikat (Lampiran A);
4.3 Borang Perkhidmatan yang Ditawarkan (Lampiran B);
4.4 Borang Maklumat Latar Belakang Penyewa (Lampiran C);
4.5 Surat Akuan Pembida (Lampiran D);
4.6 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Sijil Kementerian Kewangan;
4.7 Profil Syarikat; dan
4.8 Salinan Penyata Akaun (3 bulan) bagi bulan November dan Disember 2021 serta Januari 2022. - Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak KMKJ di talian 07-6881630.
PENDAFTARAN MASUK PELAJAR KMKJ
Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada para pelajar KMKJ sesi 2021/2022. Semoga Kejayaan menjadi milik anda.
Taklimat Pengoperasian Pembukaan Kolej bersama wakil agensi MKN, KKM, PDRM dan BOMBA
Pelantikan Sekolah Angkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
oleh YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid | 23 Sep 2021 (Kha) | 2.30 petang