Aktiviti & Berita

 

15 OKTOBER 2023 | KHAMIS | ANJUNG SELERA KMKJ

Seramai 30 orang pelajar Asnaf Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor telah mendapat tajaan sarapan pagi oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor yang diadakan di Anjung Selera KMKJ.

Turut dihadiri Ahli Majlis MAINJ, Tuan Haji Anoar Sarimin serta rombongan pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada MAINJ atas tajaan ini. 

PROGRAM MALAM AMBANG MERDEKA PERINGKAT KMKJ TAHUN 2023

TARIKH/HARI : 30 OGOS 2023 (RABU)
TEMPAT : DATARAN PRIMA, KMKJ
MASA : 9.00 -12.30 MALAM

 OBJEKTIF:

  1. Untuk menyemai semangat cintakan negara dan sayangkan tanah air.
  2. Sebagai wadah menyalurkan maklumat dan ilmu pengetahuan berkaitan sejarah kemerdekaan negara.
  3. Memupuk semangat sanggup berkorban demi negara tercinta.

Program Ambang Merdeka telah dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti seperti;

  1. Bacaan Yassin Mohon Keamanan,
  2. Tayangan Filem “The Patriots” dan
  3. Pertunjukkan Bunga Api Merdeka.

Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

#MalaysiaMADANI
#kmkjrasmi
#kmkjmerdeka

 SILA KLIK DISINI UNTUK KE GALERI AMBANG MERDEKA 23/24

 FUN RUN KAKOM & KEMERDEKAAN KMKJ 2023

TARIKH/HARI : 30 OGOS 2023 (SABTU)
TEMPAT : DATARAN PRIMA, KMKJ
MASA : 7.00  PAGI - 12.00 TENGAH HARI

 OBJEKTIF:

  1. Mencari bakat-bakat pelajar yang berpotensi bagi memilih atlet untuk mewakili kolej ke KAKOM 2023.
  2. Menjadikan program ini sebagai satu platform untuk pelajar menguji jati diri dan daya tahan dari segi fizikal dan mental.
  3. Mengeratkan perhubungan dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi   Kejuruteraan Johor  melalui perlawanan persahabatan yang di aturkan.

#kmkjrasmi
#funrunkakomkmkj

SILA KLIK DISINI UNTUK KE GALERI FUN RUN 2023/ 2024

Halaman 2 dari 33